Jom Diet Sihat

Isnin, 22 Oktober 2012

Perosak: Black Aphid

Musim hujan berpanjangan menjadi alasan saya tidak menjenguk laman belakang. Pokok tak perlu disiram.. Tapi saya lupa...siram bukanlah kerja tunggal seorang pekebun.
Ahad lalu saya terkejut melihat pokok kacang panjang renek diserang aphid hitam. Aphid sama yang sering menyerang rosemary dan basil di laman saya..
Lebih menggelikan aphid ini kelihatan sangat aktif merayap keliling pasu dan ranting pokok kacang. Kalau aphid hijau tu selalunya mereka dok diam je kat ranting.
Rupanya juga lebih menakutkan...dengan bulu halus seperti berduri di atas belakang dan tepi perutnya. Kalau aphid hijau tu nampak lebih comel..hehe.
Solusinya... Saya semburkan dengan campuran dua sudu minyak masak dan glo pencuci pinggan. Campuran bahan ini dikatakan menyumbat liang pernafasannya lalu membunuh aphid ini. Memang sangat berkesan dan sangat mudah. Hari ini... Lebih daripada separuh sudah hilang. Saya sembur lagi pada yang masih melekat degil tu... Insyaallah... Semoga Kacang panjang renek saya masih boleh diselamatkan..walaupun pokoknya dah agak tua.

aphid bertindih2 sesama mereka..

geliii... jahattt

3 ulasan:

  1. uiih..ni mengganas hebat nampaknya..eiii, saya paling tak suka pemandangan macam ni

    BalasPadam
  2. yang ni memang suka kat pokok kacang...tak kisah la kacang panjang ke...buncis ke... botor ke... semua dia sebat... kalau ada aphid hitam ni mesti ada semut hitam besar tu juga...

    BalasPadam
  3. saya punye rosemary pun kene, semalam saye sembur dgn sabun+air.. harap1 hari ni sudah pulih..

    BalasPadam