Jom Diet Sihat

Rabu, 10 Oktober 2012

Menuai Kunyit

September 2012...kali kedua saya menuai kunyit yang ditanam dalam bekas gabus putih. Kali ini saya tanam dalam bekas yang sama...cuma ditambahkan dengan baja tahi ayam.
Lelbih kurang 8 bulan..pokok kunyit menunjukkan tanda sedia untuk dituai.. Daun menjadi kering(rujuk gambar dibawah..).
Saya cabut pokok dan seronok dan puas dan sangat teruja melihat kunyit keemasan keluar dari tanah. Walaupun isinya tak banyak untuk sepokok..namun gemuk-gemuk belaka. Satu bekas gabus menghasilkan satu besen kecil kunyit. Saya kira cukup untuk kegunaan kami sekeluarga selama 4 hingga ke 5 bulan.
Kunyit hidup enak digunakan dalam masak lemak cili api... Gulai kunyit lengkuas.. Ikan pindang.. Asam pedas kelantan.. Rendang... Nyum..nyum

inilah hasilnya

segar dari laman belakang

daun kunyit yang kering menandakan sedia untuk dituai

isinya gemuk... masih muda..

10 ulasan:

  1. wow,gemuk dan gebu kunyit tu ya....macam mana nak tahu yang kunyit tu dah boleh tuai?

    Salam kenal dari saya...hehe. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan ibu qistina...
      tengok daun kunyit kalau dah kering maksudnya sedia untuk dituai... tengok gambar di atas.. pokok saya tu mungkin juga dah tuai terlalu awal kot... sebab tu kunyitnya muda dan tak banyak isi...

      Padam
  2. assalamualaikum.. salam kenal ye.. nani datang jenguk kebun kat sini.. subur2 belaka... bila tengok org bercucuk tanam.. mula kita pun nak wat.. tapi hampehhh.. x jadi2... setakat tanam pokok kaktus je la...
    kunyit mmg baik lagi2 utk ibu dlm pantang.. :) makan mcm ulam mentah2 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam... saya pernah berulamkan kunyit tapi tak berapa suka rasanya... saya tanam kaktus tak menjadi... hehehe..pokok naik memanjang lonjong je.... lepas tu excited asyik siram je busuk la dia..

      Padam
  3. kunyit juga utk kurus & kulit cantik... rebus airnya, simpan dlm fridge, minum bila perlu. Selain membersih organ dalaman..awet muda..he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu lynn... ibu berpantang amalkan minum jus kunyit untuk sembuhkan luka dalaman... kaum india sapu kunyit yang digiling pada seluruh badan dan muka untuk mencantikkan kulit.

      Padam
  4. ooo daun kunyit yang kering dihujung2 tu bukan disebabkan tak cukup nutrien ye? salah fahamlah saya selama ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada jugak kot kes tak cukup air atau nutrien, tapi kalau tengok semuanya mencukupi tapi tetap jugak kering...maknanya dah sampai masa la tu

      Padam
  5. salam perkenalan. cantiknya kunyit! yang muda-muda tu buat ulam cicah budu sedap, cuma gigi jg kuning sikit, bila berus gigi berus pula kuning!

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan juga dan selamat datang ke blog ini... memang ada pengalaman makan ulam kunyit hidup muda..tapi saya tak berapa suka rasanya...

      Padam