Jom Diet Sihat

Jumaat, 18 Mei 2012

cerita lama

Cerita Lama


Pada tahun 1990, ayah kawe ada belikan benih bunga matahari. Kawe suka sangat masa tu.. kawe masih di sekolah rendah. Kawe tanam Alhamdulillah hidup - banyak daun - banyak bunga – banyak pengunjung- rama2, lebah dan penyengat(ada kisah dgn penyengat ni.

lepas tu kawe pun tak ingat kenapa kawe lupa terus nak tanam apa2… sehinggalah tahun 2010, kawe pergi Cameron Highland, gila tengok bunga – borong sakan la sampai tak muat kereta nak balik… hehehe… minat kawe dah datang balik. Syukurlah…

Ni kawe kongsi beberapa jenis bunga yang ada kat rumah kawe. Semuanya dalam pasu pasal rumah kawe langsung tak da tanah.
orkid apa ntah x tau nama dia... rajin berbunga.
orkid jugak..pun x tau nama
yg ni kalau tak silap orkid cattelya..ada bau wangi lembut..
gerbera/daisy-orange...yg ni pokok kena serang ulat bulu
ini pulak limau kasturi batik, daun cantik, bunga wangi, buah mcm limau kasturi yg biasa.

                                 rosemary beli di cameron highland...dah hampir 2 tahun umurnya... 

8 ulasan:

  1. banyak koleksi bunga, syok tengok :).

    BalasPadam
    Balasan
    1. timakasih tukang kebun... bunga ada la sikit2... skrg nak cuba tanam sayur sampai berjaya..banyak kali tanam sayur x menjadi...

      Padam
  2. Ucapan taniah ke atas blog baru anda. Cantiknya bunga-bunga di sini. Semoga ini suatu permulaan yang baik dalam usaha-usaha mencatitkan pengalaman manis-mesra semasa berkebun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Autum Belle... cemburu tgk org lain tayang bunga kat blog masing2... saya buat jugak..tapi belum mahir lagi ni..

      Padam
  3. banyaknya bunga cantik-cantik. selain pokok beli kat nursery 1 polibeg minggu lepas saya cuma ada sunflower je. huhuhu.

    BalasPadam
  4. terima kasih wani sc... koleksi saya pun beli secara berperingkat. Ada bunga matahari pun seronokkk... nanti dah kembang ceria satu taman.

    BalasPadam
  5. dah lama nak tanya mengenai benih limau kasturi batik ni, tanam dari benih ke? dimana boleh dapat benih ni, kalau ada saya nak.TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. limau kasturi batik ni saya beli di sungai buloh... pernah juga beberapa kali jumpa anak pokok yang dijual di pasar malam di tempat saya... benihnya tak ada masalah sebab buahnya tengah merimbun sekarang, cuma nak tunggu masak je la... masalahnya kalau tanam dari biji benih mungkin makan masa lama untuk berbuah berbanding beli anak pokok yang di tut...

      Padam