Petunia adalah antara bunga yang menjadi obsesi kawe... Warnanya yang terang serta lebat boleh meruntun jiwa wanita seperti kawe ni... Bukan sahaja kawe, malah petunia ni menjadi titik fokal dalam kebun bunga mini kawe. Petunia menjadi tarikan bukan sahaja serangga pendebungaan, malah sesiapa sahaja mata yang memandang. Malangnya petunia adalah jenis bunga semusim... Bunga yang dibeli di nursery pula jenis yang jarang mengeluarkan benih. menyemai benih petunia pula adalah cabaran yang sangat mencabar kesabaran kawe... Yang paling senang-pergi nursery, tunjuk saja yang mana nak... hehehe....balik siram trim siram trim.. tu saja...
petunia grandiflora mirage blue- letak separa panas...bunganya menghadap ke luarr saja.
yang ni tak tau jenis apa daun dan bunganya agak kecil berbanding pokok yg lain. Menghasilkan benih tapi sayangnya saya x kutip benihnya.
petunia grandiflora pendula lady purple... yang ni paling rajin dan banyak bunga. Sehinggakan pekerja lori sampah datang tilik-pegang. dia ingat bunga plastik. hehehe
petunia ni kawe letakkan di tengah panas. nampaknya tiada masalah. Sebelum ni nursery kata petunia tak tahan panas, nampaknya mereka salah kot. cuma petunia tak boleh kurang air. bila diletakkan tengah panas, benih galak terhasil. dapat kumpul banyak benih. semai semua sekali.. macam biasa, siput kendurikan satu pun tak tinggal. Apa la jahat sunggh siput itu.
ini pula lain dari yang lain. jarang jumpa kat malaysia kan. petunia double cascade. kelopaknya berlapis bunganya besar. kelemahannya bunga yang kawe bela tak mau merimbun mcm yang lain2. cuma 5 atau 6 kuntum untuk satu pokok. yang ini dibeli di Gem Agripark Kulim.
petunia dalam gambar di atas semuanya dah tinggal arwah. maklumlah pokok semusim.Hayat mereka dalam 9 ke 10 bulan sahaja. Tapi bayangkan la dalam masa 10 bulan bunganya tak pernah berhenti, tunggula raya nanti kita beli lagi ya...