Salam sejahtera semua pengunjung blog tangan panas-panas sejuk. Dah lama tak poskan tulisan di sini. Kali ini saya nak berkongsi masalah pokok cili dan terung yang diserang lalat buah. Teruk dikerjakan mereka. Segenggam cili bara terpaksa dibuang begitu je. Terung pun sama. Bukan pokok saya je.. pokok cili jiran pun kena. Ishh... tak leh jadi ni.. semalam saya singgah kedai racun tanaman... kononnya nak beli yang macam tuan is jual tu. Yang jenis gantung dalam botol mineral tu kan... tapi tauke kedai syorkan jenis spray... lagi senang katanya. Harganya pun cuma rm7. Botol sebesar botol ridsect kecik tu.
Balik je rumah...terus spray pada botol mineral.. gantung... dalam masa 20 minit je... hampir 15 ekor melekat kat botol tu... petang tu cek lagi.... huuuuu punya la banyakkk... patut la pokok cili saya rosak teruk. Agaknya sekarang memang musim membiak kot...
Blog ini adalah untuk menceritakan kegagalan dan kejayaan seorang pekebun amatur.
Ahad, 22 September 2013
Atasi Masalah Lalat Buah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nak beli jugak la.....buah delima sy selalu kene serang
BalasPadamlagi mudahkan, nak carilah benda ni..harap2 jumpa.
BalasPadamsalam........
BalasPadammesti beli ni. sama la nasib sy. cili mmg tak merasa akibat lalat buah. begitu jugak dgn tomatilo. frust tgk buah menjadi tp busuk.
wahhh... ini kalau terpegang habis lekat kat tangan... :)
BalasPadamterima kasih berkongsi maklumat..nak cari juga la kat kedai racun...
BalasPadamelok jugak cara ni..sy ingat td spray pada pokok..kalau pada botol masih terjamin kesegaran hasil tanaman...:D
BalasPadamWahh..byknye lalat buah melekat..sy pernah nampak di kedai online http://romatechagro.blogspot.com/
BalasPadamyang ni banyak melekat dekat bunga peace lily ya.
BalasPadam