Jom Diet Sihat

Isnin, 28 Januari 2013

Peria Katak

Pokok peria katak ni asalnya ada rakan sekerja yang berikan buah kepada saya sebab tau saya suka makan ulam dan minat menanam. Buahnya tersangatlah comelnya... kecik cinonet je. Sebiji buah yg masak ada la 3 benih yg bernas.. lempar je dalam vekas gabus.. haaa.. tak banyak songeh..hidup pun dia. nampaknya dah mula memanjat. tangga lama yg saya jadikan trellis dia tak panjat sebaliknya dok panjat pokok tomato dalam bekas sebelah. suka hati awak la cik peria... asalkan awak gembira. nanti jgn segan berbuah ye..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan