Jom Diet Sihat

Khamis, 7 Februari 2013

Vinca Merah Baldu

Pokok ini adalah batch ketiga. Pokok induk dari Sg. Buloh. Saya tak pernah kutip benihnya simpan. Benih matang yang jatuh ke tanah akan menghasilkan banyak anak pokok. Dah kongsi bersama beberapa jiran. Kalau diperhatikan kawasan kejiranan kami.. hampir semua pokok sama. sebab masing-masing saling berkongsi benih dan anak pokok.


Rabu, 6 Februari 2013

Kemuning Berbunga Lebat

Salam semua pengunjung blog. Hari ini nak kongsikan perasaan bersama bunga kemuning. Kali ini kemuning berbunga selebat lebatnya. Baunya boleh sampai ke rumah jiran depan. Jiran cakap mulanya dia naik seram sebelum terpandang bunga kemuning lebat ni.

Kemuning paling kuat berbau waktu pagi. Waktu dia berbunga ni saja pagi pagi lagi keluar duduk kat laman kejap untuk menikmati haruman menusuknya sebelum pergi kerja. Saya paling suka tengok bunga kemuning dalam gelap. Sebab bunganya yang putih seakan 'glow in the dark'.




Selasa, 5 Februari 2013

Bagai Belanda Dapat Tanah

Rumah yang kami duduki adalah rumah kos rendah. Asalnya memang ada ruang bertanah yang agak luas. Tapi setelah direnovatekan... tinggal la lima kali depan dan belakang... itupun bersimen. bila ruang rumah sendiri tak cukup... rumah jiran pun boleh jer. hehe.. jgn salah paham yer. jiran kami ni balik rumah ni setahun sekali jer masa raya. itupun dia dah bagi green light utk guna ruang depan rumah dia. apa lagi.. meloncat la makcik... tak luas mana pun. letak dua kotak gabus... ada 3 pokok tomato.. kacang tanah... vinca.. fennel.. sundal malam.. dan anak kailan kemetot..


Isnin, 4 Februari 2013

Pemulihan Orkid

Cuaca di utara perak kebelakangan ini memang panas terik. Pukul 10 pagi bahangnya seperti pukul 12 tengah hari. Kalau jemur baju...dua jam dah kering rangup dah.

Yang kesiannya pokok orkid la. habis daun jadi mcm terbakar. banyak daun gugur tinggal ranting je. bahananya letak orkid tempat panas.

sekarang dah alihkan semua orkid gantung ke tempat teduh. pastikan siram air dua kali sehari dan sembur dgn baja pertumbuhan orkid seminggu sekali. bila cuaca dah ok semula nanti... dan orkid kembali pulih nanti.. kembali la ke tempat asal.



Khamis, 31 Januari 2013

Bawang Harum Sundal Malam

Sudah hampir tiga tahun pokok harum sundal malam ni menghuni laman kami. tapi bunga tak keluar. menurut pengalaman rakan blogger.. pokok ini membiak secara utama melalui bebawang. Bila sudah tiada ruang untuk bebawang baru.. barulah pembiakan cara kedua akan berfungsi... iaitu melalui pembungaan.

dengan kata pendeknya... selagi pasu tak penuh dgn bawang bunga tak akan keluar. memandangkan pasu yg saya gunakan sblm ini agak besar.. saya buat keputusan untuk mengalihnya ke dalam pasu yg lebih kecil.. err..boleh ke mcm tu? hehe...

terkejut jgk tgk bawangnya yg dah beranak pinak.. besar pulak tu. ingat dulu sebesar jari kelinking je. lima bawang je pun. tapi tengoklah mcm mana dia membiak.. fuhh...

harap dah tukar pasu ni cepatlah sikit dua berbunga ya.




Rabu, 30 Januari 2013

Florence Fennel

Salam sejahtera semua... terima kasih kerana sudi juga jenguk blog yang panas panas sejuk ni.. sebenarnya dalam proses menukar wajah blog.. dah boring muka lama. tapi bila buat kerja adyik tergendala je. jadi la haru biru mcm ni.

kalu ni saya nak kongsi pokok florence fennel benih jauh datang dari adelaide. saya pun tak pasti berapa lama masa untuk fennel ni membentuk bulb.. dah lebih tiga bulan dah. kawan dia yang lain semua dah jadi arwah. tinggal la cik florence fennel ni sorang sorang di bumi asing.. tunggu je la. kalau ada rezeki boleh la merasa..

dulu...selalu tgk jamie oliver masak ikan mesti pasangkan dgn fennel ni. itu yg buat terliur tu. mcm sedap je. padahal masak main campak campak je..

wahai cik florence fennel... cepat la kau besar.. ada tak sesiapa di malaysia yg berjaya dg fennel ni.



Selasa, 29 Januari 2013

Salad Pepperomia / Sirih Bunian

Saya mengetahui bahawa salad pepperomia boleh dimakan melalui blog tanamsendiri.com. Walaupun dah mengenali pokok yang dianggap rumpai ni sejak kecil..tapi tak pernah mencubanya pun.. Bila penulis blog tanamsendiri menyarankan tumbuhan ini..saya pun cuba.. err.. mmm... tak berapa kena dengan lidah saya. Rasanya inilah yang memberikan namanya kot..sirih bunian.. rasa seakan sirih tapi lembut dan rangup.

Namun tumbuhan berbatang lembut ini menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Malahan di negara barat..ianya ditanam... kiranya kita ni beruntung sangatlah salad ini tumbuh mcm tu je.

Ada sahabat yang sama berminat dengan pokok mengatakan salad pepperomia ini mempunyai khasiat perubatannya sendiri. Antaranya untuk yang sakit lutut..boleh lumatkan daun dan batangnya lalu ditempelkan pada lutut.

Salad pepperomia tumbuh sebagai rumpai di laman belakang saya. celah celah retakan simen pun boleh survive.. banyak juga anak pokok salad ini tumbuh dalam bekas gabus... sayangnya saya tak gemarkannya..klau tak..kenyang ler makan...