Jom Diet Sihat

Rabu, 13 Februari 2013

My Mini Container Garden

Ada beberapa orang teman dan pengunjung blog yang bertanya.. besarkah laman saya. Macam-macam pokok tanam.
Sebenarnya laman saya sangatlah sempit. Saya bahagikan laman saya kepada tiga bahagian. pertama Laman Depan, kedua Laman Belakang dan ketiga Laman Jiran. Setiap laman boleh memuatkan lebih kurang 6 hingga 8 buah pasu.

Di sinilah tempat saya bereksperimen dan bersantai. Saya suka mencuba sesuatu tanaman. Jadi saya tanam pelbagai. Ada sepokok atau dua pokok setiap jenis.. Tapi sekarang ni rasanya nak ubah cara la pulak.

Dulu banyak tanam pokok bunga..tapi saya nak cuba tukar konsep kepada edible garden pulak. Lepas ni saya nak cuba tanam sejenis atau dua jenis sayur dalam satu masa. Biar puas bila menuai nanti.

Banyak pokok bunga dah diagihkan kepada rakan dan jiran. Tunggu masa nanti nak tukar sepenuhnya kepada pokok sayur.





Selasa, 12 Februari 2013

Ulat Kailan

Baru je nak bergembira tengok pokok kailan semakin besar... semalam tgk daun semua rongak. bila dibelek..jumpa la cik cik ulat ni lena tak bergerak pun. agaknya depa makan waktu malam kot. Bahagian pucuk yang diserang ulat saya buang. Harapnya kailan boleh meneruskan pertumbuhan yang baik. teringat kata penulis blog tanamsendiri.com 'kailan kedai enak... kailan tanam sendiri lagi enak'.




Khamis, 7 Februari 2013

Kailan Membesar

Benih ini adalah benih Kongsi blog tanamsendiri tahun lepas... Baru tahun ni nak tanam. Alhamdulillah benih masih elok. semua bercambah. Tapi tak semua survive.. ada yang jadi habuan siput.. belalang.. ulat... harapnya yang ini sempatlah jadi habuan tukang tanam pulak.



Vinca Merah Baldu

Pokok ini adalah batch ketiga. Pokok induk dari Sg. Buloh. Saya tak pernah kutip benihnya simpan. Benih matang yang jatuh ke tanah akan menghasilkan banyak anak pokok. Dah kongsi bersama beberapa jiran. Kalau diperhatikan kawasan kejiranan kami.. hampir semua pokok sama. sebab masing-masing saling berkongsi benih dan anak pokok.


Rabu, 6 Februari 2013

Kemuning Berbunga Lebat

Salam semua pengunjung blog. Hari ini nak kongsikan perasaan bersama bunga kemuning. Kali ini kemuning berbunga selebat lebatnya. Baunya boleh sampai ke rumah jiran depan. Jiran cakap mulanya dia naik seram sebelum terpandang bunga kemuning lebat ni.

Kemuning paling kuat berbau waktu pagi. Waktu dia berbunga ni saja pagi pagi lagi keluar duduk kat laman kejap untuk menikmati haruman menusuknya sebelum pergi kerja. Saya paling suka tengok bunga kemuning dalam gelap. Sebab bunganya yang putih seakan 'glow in the dark'.




Selasa, 5 Februari 2013

Bagai Belanda Dapat Tanah

Rumah yang kami duduki adalah rumah kos rendah. Asalnya memang ada ruang bertanah yang agak luas. Tapi setelah direnovatekan... tinggal la lima kali depan dan belakang... itupun bersimen. bila ruang rumah sendiri tak cukup... rumah jiran pun boleh jer. hehe.. jgn salah paham yer. jiran kami ni balik rumah ni setahun sekali jer masa raya. itupun dia dah bagi green light utk guna ruang depan rumah dia. apa lagi.. meloncat la makcik... tak luas mana pun. letak dua kotak gabus... ada 3 pokok tomato.. kacang tanah... vinca.. fennel.. sundal malam.. dan anak kailan kemetot..


Isnin, 4 Februari 2013

Pemulihan Orkid

Cuaca di utara perak kebelakangan ini memang panas terik. Pukul 10 pagi bahangnya seperti pukul 12 tengah hari. Kalau jemur baju...dua jam dah kering rangup dah.

Yang kesiannya pokok orkid la. habis daun jadi mcm terbakar. banyak daun gugur tinggal ranting je. bahananya letak orkid tempat panas.

sekarang dah alihkan semua orkid gantung ke tempat teduh. pastikan siram air dua kali sehari dan sembur dgn baja pertumbuhan orkid seminggu sekali. bila cuaca dah ok semula nanti... dan orkid kembali pulih nanti.. kembali la ke tempat asal.