Jom Diet Sihat

Jumaat, 10 Oktober 2014

Pokok Tin @ Fig di Malaysia

Kira-kira dua tahun yang lalu.. saya sangat teruja dengan pokok-pokok yang jarang kita lihat di Malaysia ni. Salah satunya pokok fig ni. Puas mencari akhirnya dapat juga.. daripada ahli group fig dalam fb. Harga pokok tak murah. Menggigil juga tangan. Tp digagahkan juga beli. Tak kira lagi kos nak ambik.. tol.. minyak.. sebab saya nak tgk sendiri pokoknya.. baru puas hati kan.. masa baru beli pokok ada kot tinggi dalam sekaki. Sekarang dah lebih 5 kaki. Buah sulung pun dah masak. Belum rasa je lagi. Nak kena tunggu 2 hari lagi mengikut kata otai2 figs.
Saya tanam dalam pasu besar. Sebab malas nak tukar2 pasu dah lepas ni. Ada juga yg tanam dalam pasu biasa. Elok je pun. Tanahnya pulak saya campurkan tanah nursery dgn sedikit pasir. Sebab figs tak suka banyak air. Siram pun selang sehari. Sebab pasu kan besar... baja pula ada la dalam 3 ke empat kali sepanjang dengan saya ni. Sebab tu buahnya pun ala ala je.
Tak sabar rasanya nak merasa buah dari syurga ni.. alhamdulillah..

Sabtu, 15 Mac 2014

Cili Panjang Putih

Anak pokok saya beli di pasar malam. Rm2 sepokok. Siram dgn baja fertigasi AB sekali sekala time teringat. Pokok subur. Buah banyak. Tapi masalah biasa lalat buah.. dah guna umpan lalat buah pun masih ada yg datang.. redho je la.. tp bnyak2 mcm ni pun x habis makan jugak. Buah pedas.. picit sebiji dalam budu dah cukup.

Isnin, 10 Mac 2014

Hidup Lagi ke blog ni..

Salam semua pembaca..kot2 la masih ada pembaca.. hehe.. lama benar rasanya x update blog. Bukan dah berhenti menanam... tp jemari montok ni berat benar rasanya nak memetik.. utk permulaan musim baru... tataplah... sikit je dulu ye.

Ahad, 22 September 2013

Atasi Masalah Lalat Buah

Salam sejahtera semua pengunjung blog tangan panas-panas sejuk. Dah lama tak poskan tulisan di sini. Kali ini saya nak berkongsi masalah pokok cili dan terung yang diserang lalat buah. Teruk dikerjakan mereka. Segenggam cili bara terpaksa dibuang begitu je. Terung pun sama. Bukan pokok saya je.. pokok cili jiran pun kena. Ishh... tak leh jadi ni.. semalam saya singgah kedai racun tanaman... kononnya nak beli yang macam tuan is jual tu. Yang jenis gantung dalam botol mineral tu kan... tapi tauke kedai syorkan jenis spray... lagi senang katanya. Harganya pun cuma rm7. Botol sebesar botol ridsect kecik tu.
Balik je rumah...terus spray pada botol mineral.. gantung... dalam masa 20 minit je... hampir 15 ekor melekat kat botol tu... petang tu cek lagi.... huuuuu punya la banyakkk... patut la pokok cili saya rosak teruk. Agaknya sekarang memang musim membiak kot...

Sabtu, 17 Ogos 2013

Daun Tomato Bergulung

Di awak pertumbuhannya.. tomato king kong ini amat mendebarkan hati saya... daunnya subur hijau.. pertumbuhannya juga sangat cepat... saya tertunggu tunggu masa berbunganya... yang sedihnya bila bunga keluar.... daunnya mula jadi bergulung... mcm kering tapi tanah tak kering pun...aduuuuhh... tension betul la makcik.... nak buat macam mana ye.

Sabtu, 10 Ogos 2013

Terung Bulat Dalam Pasu

Anak pokok terung ini dibeli dari nursery berdekatan rumah. Mengikut labelnya...saya ambil terung panjang ungu... terung panjang hijau dan terung bulat. Tapi bila berbuah semuanya bulat. Hmmm salah label la tu.
Tiga pokok terung dalam pasu dapat membekalkan buah yang sangat memuaskan hati. Bukan saja dapat makan kami sekeluarga...malah dikongsi juga dgn tiga jiran secara bergilir. Puas makan. Buat pajeri.. masuk dalam kari.. dicelur... dibakar... dibuat dalca.. dimasak sambal tumis... masak lemak putih enak  tak terhingga. Manisnya terung tanam sendiri ni memang lazat.

Ahad, 30 Jun 2013

Kohlrabi~Vienna Purple

Daripada secubit yang ditabur terus dalam bekas gabus...hanya 2 yang survive.. tapi hanya 1 je yang berisi.. cubaan pertama dengan kohlrabi... Mcm mana keputusannya nanti tak tau la pulak.. Harap harap ada la rezeki nak merasa sayur kohlrabi ni.
INSYAALLAH...