Jom Diet Sihat

Jumaat, 10 Oktober 2014

Pokok Tin @ Fig di Malaysia

Kira-kira dua tahun yang lalu.. saya sangat teruja dengan pokok-pokok yang jarang kita lihat di Malaysia ni. Salah satunya pokok fig ni. Puas mencari akhirnya dapat juga.. daripada ahli group fig dalam fb. Harga pokok tak murah. Menggigil juga tangan. Tp digagahkan juga beli. Tak kira lagi kos nak ambik.. tol.. minyak.. sebab saya nak tgk sendiri pokoknya.. baru puas hati kan.. masa baru beli pokok ada kot tinggi dalam sekaki. Sekarang dah lebih 5 kaki. Buah sulung pun dah masak. Belum rasa je lagi. Nak kena tunggu 2 hari lagi mengikut kata otai2 figs.
Saya tanam dalam pasu besar. Sebab malas nak tukar2 pasu dah lepas ni. Ada juga yg tanam dalam pasu biasa. Elok je pun. Tanahnya pulak saya campurkan tanah nursery dgn sedikit pasir. Sebab figs tak suka banyak air. Siram pun selang sehari. Sebab pasu kan besar... baja pula ada la dalam 3 ke empat kali sepanjang dengan saya ni. Sebab tu buahnya pun ala ala je.
Tak sabar rasanya nak merasa buah dari syurga ni.. alhamdulillah..