Anak pokok terung ini dibeli dari nursery berdekatan rumah. Mengikut labelnya...saya ambil terung panjang ungu... terung panjang hijau dan terung bulat. Tapi bila berbuah semuanya bulat. Hmmm salah label la tu.
Tiga pokok terung dalam pasu dapat membekalkan buah yang sangat memuaskan hati. Bukan saja dapat makan kami sekeluarga...malah dikongsi juga dgn tiga jiran secara bergilir. Puas makan. Buat pajeri.. masuk dalam kari.. dicelur... dibakar... dibuat dalca.. dimasak sambal tumis... masak lemak putih enak tak terhingga. Manisnya terung tanam sendiri ni memang lazat.
Blog ini adalah untuk menceritakan kegagalan dan kejayaan seorang pekebun amatur.
Sabtu, 10 Ogos 2013
Terung Bulat Dalam Pasu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Ibu Shafirul,
BalasPadamCantiknya terung! Bukan sahaja boleh berbakti kepada tuannya, cantik pula dia!