Jom Diet Sihat

Rabu, 28 November 2012

Kekwa Berputik

Pokok kekwa ini induknya dibeli dari cameron highland. Dah menunjukkan putik untuk berbunga. Seronoknya..





Peas: Berbunga Dan Berbuah

Agak lama juga pokok kacang peas ni nak berbunga. Saya hampir nak cabut pokoknya untuk digantikan dengan pokok timun. Tup tup keluar bunganya... Buahnya pipih... Sedap dimakan semasa muda. Saya pun tak pasti kacang ini dari jenis mana. Benihnya adalah pemberian jiran.





Selasa, 27 November 2012

Rosemary

Herba rosemary sebenarnya banyak digunakan dalam masakan barat.. Saya berminat menanam pokok ini mungkin banyak sangat tengok AFC.. Hehe.. Padahal tak pernah guna pun. Paling penting saya sangat suka akan baunya.
Setakat hari ini..pokok rosemary ini sudah menghiasi laman selama lebih dua tahun. Anak pokok dibeli di cameron highland.
Pokok rosemary ini adalah sangat tahan dengan cuaca panas. Cuma bila cuaca terlmpau panas...daunnya akan jadi seakan kering..mcm dlm gambardi bawah. Rosemary saya pernah beberapa kali diserang aphid hitam... Tapi tetap ok je..
Sekiranya ditanam di atas tanah..pokok ini boleh menjadi agak besar..dan mengeluarkan bunga warna putih ungu..


Siput Perosak-

Patutlah pokok gerbera merah saya nan sepasu tu bantut tak naik daunnya... Rupanya ada yang dok kendurikan daunnya... Oooo.. Depa punya keja laa rupanya.


Tomato Berputik

Betapa seronoknya melihat bunga tomato bertukar menjadi putik buah. Ini merupakan kejayaan pertama saya bersam 3 pokok tomato. Satunya ditanam terbalik dan dua lagi tanam mcm biasa. Ketiga tiga pokok menunjukkan hasil yang memuaskan hati...walaupun sebenarnya tidaklah seberapa sangat. Sekarang ni panas melampau di tempat kami. Sayang punya pasal..siram pokok 3kali sehari..



Isnin, 26 November 2012

Apa Ada di Maha Bhgn 2

Selepas ke laman padi..kami terus ke laman perikanan yang bersebelahan. Ada rangka ikan paus terbesar.. Tapi terbesar di mana tidk pula dinyatakan.
Ada juga pertandingan memancing udang galah dan puyu.

Ada permainan kolam untuk kanak kanak...nasib baik tak bawa anak...kalau tak alamatnya mau habis duit kat mainan je la..

Haaa...di sini juga ada dia tunjuk rumpai laut yang sekarang orang dok makan utk kolagen tu... Cuba gak rasanya..ada hanyir sikit.. Ye la ubat...mana sedap kan.

Kat sini pun tak banyak ambik gambar.. Ntah kenapa pak mood tu dok asik ilangg je...



Selasa, 13 November 2012

Herba Misai Kucing

Pokok misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus, Benth adalah agak biasa di negara kita. pokok ini cantik ditanam sebagai tanaman hiasan disamping mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat misai kucing yang kita sedia maklum ialah untuk penyakit kencing manis dan mampu menurunkan kadar asid urik. Daunnya juga boleh memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang, sesuai untuk orang mempunyai penyakit batu karang.

Teh herba misai kucing banyak terdapat di pasaran sekarang. Pelbagai jenama dan harga. Sehinggakan saya pernah terbaca bloggers bertelagah tentang kualiti teh misai kucing edaran masing-masing. Pada saya apa susah, tanam dan minum sendiri... lagi berkualiti dan terjamin. Penyediaan teh misai kucing juga teramat la senang, ambil daun, batang dan bunganya sekali. Rebus kemudian minum.

bunga bentuk piramid
 Pokok misai kucing di laman saya dari jenis bunga ungu. Anak pokoknya saya beli dari Sg.Buloh. Semasa dialihkan akar anak pokok diserang bena dengan teruk. Saya semburkan dengan campuran minyak masak dan sabun pencuci pinggan. Alhamdulillah, sebulan kemudian pokok merimbun dan berbunga lebat.
bunga ungu..masih kuncup

patch misai kucing

Isnin, 5 November 2012

Harum Sundal Malam / Polianthes Tuberosa

gambar ihsan google
Pokok bunga sundal malam dikatakan bunga paling wangi di dunia. Pokok ini saya beli dua tahun lepas. Namun sampai sekarang bunganya tak pernah muncul. Saya telah menukar tanah sebanyak dua kali...namun hasilnya masih belum muncul lagi. Belum rezeki saya agaknya.
Bunga harum sundal malam ini dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan mistik masyarakat Melayu. Kononnya aroma bunga ini menarik perhatian pontianak. Lain pula halnya bagi masyarakat India zaman silam. Bunga ini dikatakan mampu meningkatkan keinginan seks..sehinggakan gadis yang belum berkahwin dilarang menghidunya. Tetapi bunga ini menjadi hiasan utama bilik pengantin.
Apa tujuan anda menanam bunga ini.. Dan apa pula kepercayaan anda..boleh dikongsi di sini.

nampak subur tapi mandul...

Ahad, 4 November 2012

Sesudah Hujan Berhenti

Sejak dua minggu lalu..hujan lebat turun hampir setiap hari. Selama itulah laman belakang tidak dijenguk. Banyak nyamuk time hujan mcm ni.

Semalam bila dijenguk..banyak pokok yang sakit... Pokok kesum, basil dan bangun-bangun lecur daun akibat ditimpa air hujan dari cenuram.. Pokok cili api pula daunnya kuning dan kerinting... Kena periksa ni kurang zat apa... Dan paling menyedihkan...pokok pudinaku yang dulunya berdaun hijau lebat..kini tingal ranting je.. Ingatkan dulu pudina takde perosak.. Silap la rupanya.





Jumaat, 2 November 2012

Plectranthus Amboinicus @ Bangun-Bangun

Pokok bangun-bangun mempunyai banyak nama. Dalam bahasa tamil dipanggil kaarpuravali. Di beberapa tempat lain, pokok ini digelar mother of herbs, big thyme, indian borage dan indian mint.
Namanya pun dah banyak kaitan dengan india. Mungkin sebab pokok ini digunakan secara meluas oleh kaum india.
Daripada perbualan dengan jiran berbangsa india, pokok bangun-bangun sangat baik digunakan untuk melegakan selsema, batuk dan kahak. Kisar dan ambil airnya lalu diminum. Dia sendiri makan daun bangun-bangun begitu saja semasa berbual dengan saya. Katanya kaum india jadikan daun ini sebagai ulam bersama nasi.
Untuk mengubati batuk bayi pula..sapu minyak pada muka daun lalu tekapkan pada dada bayi..
Melihat kesungguhan jiran saya bercerita.. Saya merendam tiga helai daun bangun bangun segar dalam air panas, dicampur gula untuk diminum bersama anak yang memang sedang berkahak. Saya pun tak tau la suratan atau kebetulan... Kahaknya sangat berkurangan esoknya...
Sekarang..saya sangat teruja untuk menanam pokok bangun bangun di taman belakang rumah saya.
Sahabat sekalian sudah ada pokok bangun-bangun di rumah?


pokok rumah jiranku... bertemu dapur

pokok di laman belakang... masih dalam polibeg.. dah 2 kali tuai daunnya

Khamis, 1 November 2012

Cattleya Mekar Lagi

Orkid cattleya kat taman saya ada dua pasu kecil... Mekarnya tidaklah sekerap orkid gantung yang lain... Juga tidak sebanyak kuntuman orkid lain.. Namun mekarnya cattleya putih di taman mampu menambahkan seri.. Cattleya ini menghasilkan aroma lembut yang sangat halus...