Jom Diet Sihat

Sabtu, 15 September 2012

Pudina/Mint

Pokok ini asal rantingnya saya dapat daripada jiran depan rumah. lebihan masak chutni... tau minat saya menanam, dia berikan ranting pudina kepada saya tanpa diminta. saya pula tidak menaruh harapan yang besar kepada pudina ni.. sebab masakan melayu jarang menggunakan pudina kan.. tapi cucuk juga dalam botol minyak masak...  mulanya dia tak berapa nak subur pun... walaupun dah dibaja daunnya kecil2...
dah subur

dah rimbun
rupanya pudina jenis pokok yang perlukan banyak air... saya pun alihkan bekas pudina berdekatan dengan pili... supaya tak kan terlupa menyiramnya... alhamdulillah... memang menjadi... daun kecik membesar dengan jayanya... sampai dah menjalar keluar dari bekas...
...dalam botol minyak masak
saya juga tanam pudina ni dalam pasu limau kasturi... sehingga sekarang, separuh dari pasu limau kasturi pudina ni dah monopoli...
sampai dah terkeluar pasu
saya jarang(tak pernah) menggunakan pudina ni di dapur... cuma suka aromanya bila tersentuh daunnya... berbau segar sangat... lagipun seronok tanam pudina.. tak payah gaduh berebut dengan perosak...  elokkkk manjang..

Jom tanam pudina....

Isnin, 10 September 2012

Daun Kesum Gergasi

Saya menanam pokok kesum daripada batang. Lebihan masak laksa... cucuk je batangnya. dulu tak menjadi, tapi bila tukar tanah dan tanam dalam bekas tidak berlubang(botol minyak masak), alhamdulillah menjadi... saya berpuas hati dengan pokok kesum saya...sudah beberapa kali dipotong untuk masak asam pedas dan kuah laksa... lepas tu dia rimbun balik... saya bubuh baja tahi kambing, air perut ikan yang diblend dan juga air beras.
tempat rongak tu bekas potong...
lain pula ceritanya dengan pokok kesum jiran saya... asalnya dia cuma cucuk satu batang kesum sahaja dalam bekas gabusnya yang berisi pokok kucai... tapi mak aiiiiiii... dia punya membesar dan merimbun... dah memonopoli bekas gabus tersebut.. daunnya pula besar-besar... lebih besar dari ibu jari kita...
rimbun
saya pun agak hairan... sedangkan jiran saya tak pernah bajakan pun... tapi pokok kesumnya bercabang-cabang... pokok saya tumbuh tegak je... mungkin rahsianya ada pada tanah yang digunakan.  saya dapati tanah yang digunakan oleh makcik ti ialah sabut kelapa sawit yang dijadikan kompos. warnanya sangat hitam dan sangat baik memegang air... dalam beg tanah yang dibeli juga ada banyak anak-anak cacing yang menguatkan andaian saya ianya kompos kelapa sawit...
beza saiznya
gambar di atas menunjukkan perbezaan saiz daun kesum kami berdua. namun aromanya tetap sama... atau adakah kesum ini dari jenis yang berbeza? saya pun tak tau.. cuma setiap kali tengok daun kesum jiran tu saya jadi eiii...geramnyaa...kagumnyaaa...sedapnyaaa... hehehe... apapun saya sudah puas hati dengan pokok kesum saya nan sebekas tu...

Selasa, 4 September 2012

Cili Padi Diserang Lalat

Cili Padi terabai ni dah semakin kukuh dan banyak pengeluaran bunga dan buahnya... apa yang menyeronokkan buahnya bersaiz besar... sebesar jari kelingking saya (besar tu)... sayang nak petik buahnya masa hijau sebab ingatkan nak simpan benih dulu...
buah agak banyak walaupun pokok kecil

perhatikan pokok selasih(thai basil) di tepi pokok cili- sipi je nampak..

buah gemuk... 
tengok2 malangnya buah jadi lembik dan busuk di pokok walaupun masih hijau... tak sempat merasa buahnya.... sejak itu, buah tak pernah elok.. walaupun masih muda buah dah kena serang... saya syak ini angkara lalat buah... sedih betul...apa yang menghairankan kononnya lalat buah tak suka bau kemangi/selasih... sedangkan pokok cili ini diapit oleh 3 pasu pokok selasih...


nampak macam elok tapi buah lembik..

kutip buah lembik dan buang...

 perlukah saya guna racun untuk pokok cili? saya ada baca artikel dari tanam sendiri tentang pemikat lalat buah, tapi mungkin akan jadikan lebih banyak lalat buah yang datang dan menyerang pokok cili lain... siapa yang dapat mengatasi masalah sebegini tolong la kongsi...