Jom Diet Sihat

Rabu, 27 Jun 2012

Cambahan Baru

Dua minggu lepas sempat menyemai beberapa benih lama dan baru.. Seminggu kemudian, kebanyakannya bercambah dgn baik... namun ada beberapa yang masih belum tumbuh atau memang tak tumbuh dah tak tau la... Jom tengok..

dahlia

kobis cina ong king
 sebelum ni dah 3 kali semai kobis ong king ni semua tak jadi..yang ni doa2 la menjadi...

tak dikenali-sebab x label
 moral of the story ialah...label setiap benih anda- jange malas malas ya tuan puan

calendula- pot marigold

calendula jugak daripada kebunbahagiabersama.blogspot.com

gladiolus   
lepas ni berdoa je la harap2 semuanya membesar dengan baik... paling tak sabar nak tgk gladiolus dan dahlia tu berbunga....

Sabtu, 23 Jun 2012

Kejap Ada Kejap Takde

Cabaran saya menanam di kawasan rumah saya ada banyak.. masalah utama ruang tak banyak... masalah kedua(menguji kesabaran) pokokku dan bungaku sering dicuri.
zinnia merah...Apa nama kampung dia ekk?
Pencurinya tak tahu la siapa, macam nak pasang cctv je... pagi ada petang hilang. hari ni ada, esok takde... saya tau bunga saya  cantik. Kawasan rumah saya ni ramai penghuninya kaum india (maaf, saya bukan racist).. bunga saya dah 3 kali hilang waktu petang, hari selasa, jumaat dan selasa.. hari masyarakat india beragama Hindu sembahyang.
tinggal daun je-3 kuntum bunga sulung hilang - pasu kanan.
ingatkan sekali tu je la orang itu ambil, rupanya selang seminggu kemudian, dia ambik lagi. Dan yang terbaru hari selasa 19.jun, hilang lagi 2 kuntum. 
dua kuntum dah hilang..
Adoiiiii...sakitnya hati nii... sebenarnya dah banyak kali bunga saya hilang termasuk orkid, dan daisy. Mula2 saya ingatkan budak2 yang petik, tapi bila bunga orkid yang gantung kat bumbung pun hilang apa cerita...
Sebenarnya jiran saya ada maklumkan dia pernah nampak sekali ada orang ni ambik, tapi saya tak mau nak bising2 sebab kita hidup berjiran. Apa patut saya buat... SAKITNYA HATI NIIII...

Pokok Jolok Cacing

Pokok jolok cacing ni saya kenal masa zaman kanak2 lagi.. tapi masa tu tak tau namanya dan apa kegunaannya. Perkenalan saya dengan pokok ini menjadi lebih rapat apabila anak saya berumur 9 bulan, didapati terdapat cacing jarum dalam najisnya. bila ke klinik, doktor enggan beri ubat kerana ubat cacing tidak dibenarkan bagi kanak2 berusia bawah 2 tahun. Puas mencari petua orang2 lama. Antaranya minum air didihan nasi, mandi air kucai, minum jus timun batang...

Sehinggalah ada seorang kawan dari utara memaklumkan kepada saya akan pokok jolok cacing ni. maka bila di google, kenal la pokoknya..masalahnya jenuh cari di Parit Buntar, tak jumpa... sampai ke Sungai Petani suami saya cari... akhirnya seorang rakan beri pada kami.
ini la pokoknya, daunnya berkedut-kedut... 
Cara nak guna untuk rawat kecacingan ialah dengan ramas daunnya (saya blend dgn batang sekali) dalam air mandian anak... mandikan waktu petang.. jangan bilas dah. biarkan air tu kering di badan..mandikan selama tiga petang berturut2.. tapi AWAS!!! Jangan mandi kepala... bila dah lepas mandi tu, saya rasa badan anak saya panas macam orang demam. tapi kepalanya langsung tak panas...
ini pula bunganya..pinjam dari google
Kalau tgk kuntum bunganya bewarna biru, tangkai bunga memanjang mcm cacing (agaknya sebab tu namanya begitu). Bunganya pula akan kembang bergilir dari bawah ke atas. Ada juga bunga putih tapi pokok di rumah saya berbunga biru..Pokok saya takde bunga sebab baru je dicantas.. dah terlalu rimbun..kalau ada nanti saya akan postkan bunganya untuk lebih jelas.

Rabu, 20 Jun 2012

Kuntuman Orkid

Spesies orkid adalah jenis pokok hiasan yang paling banyak kat taman kecil saya... Orkid jugalah yg mencetuskan kembali semangat untuk bertanam bunga setelah sekian lama dilupakan... pendapat saya, orkid senang je nak jaga (jenis yang senang la, ada jugak yang manja..). Rajin pula berbunga.. Yang paling membahagiakan apabila mereka pakat2 bunga serentak.. buat masa ni, gambar di bawah yang sedang mekar di taman gantung saya sekarang.. Saya tiada jagaan khusus buat orkid saya, hanya asas siram dan letak ketulan baja kelapa sawit kalau rajin...
dendrobium- dark purple-seakan hitam

oncidium orchid- berbatik
dendrobium lagi- yang ni hampir dicuri manusia durjana..   


s
dendrobium ungu lagi..

dua jambak mekar serentak...puas hati
dendrobium hijau~kuning

bila dah sebulan lebih dia kembang, warnanya akan bertukar kuning.
oncidium- dancing lady...(ini la satu-satunya yang saya tau nama)
Kebanyakan orkid saya dari spesied dendrobium, sebab jenis ni senang sangat nak jaga.. letak tengah panas pun tak kisah. Suhu tempat saya (parit buntar) boleh mencecah 37C.. mereka boleh survive suhu begini...cuma bila dah panas melampau tu, daun je jadi kuning sikit... lepas siram kerap2 ok la balik. Nak balik kampung seminggu pun tak risaukan mereka ni, pandai la jaga diri sendiri..tak macam pokok lain...

























Jumaat, 15 Jun 2012

Trellis Untuk Peas

Jiran saya telah bermurah hati mengongsikan benih kacang peas yang ditanamnya... asalnya benih ni dari sayur yang dibawa oleh abangnya dari Cameron, kebetulan, ada benih yang tua..dia semai tumbuh subur berbuah lebat... kacangnya pun sempat juga dikongsi dengan saya... beserta biji benihnya..kalau ikutkan, benih ni dah kira 3rd generation la kan.. ini baru nak manjat...
 
baru nak belajar manjat..

Nampaknya kena buat trellis ni... trellis paling senang...amik ranting2 pokok ara yg kering kat belakang tu... tak tau la tahan ke tidak.. dan tangga tu..hehe dari katil yg terbuang, dah lama simpan tangga ni...ada jugak gunanya...
recycle la jugak kan...

Markisa Dah Berbunga

Pokok markisa ni saya beli di pesta orkid pulau pinang disember tahun lepas... anak pokok setinggi 1.5 kaki berharga rm15...bila balik baru teringat..err..rumah saya takde tempat nak tanam pokok ni... maka saya bawaklah pokok tu serahkan kepada Pak Su Ya tukang kebun... Semua tertanya-tanya... cemana rupanya buah markisa ni.. rupanya ramai yang masih tidak kenal akan buah sedap ini.. Dengar juga Pak Su Ya bersungut buah ni tak tunjuk apa-apa tanda nak berbuah pun...(pokok lain yg dia tanam semua dah berhasil)... Menurut tuan is dari tanamsendiri...pokok ini mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk berbuah sulung...  Akhirnya....
putik bunga-dihurung semut hitam
Saya perhatikan banyak putik2 bunga yang masih kecil dah muncul... ini yang paling besar.. bunga sulung kot..banyak pula semut hitam yang hurung putik2 bunga yang belum kembang ni.. saya cuba perhatikan kot2 ada kutu thrips yang warna hijau tu.. tapi alhamdulillah tiada...


3 hari kemudian- mekar



inilah kali pertama saya lihat sendiri bunga markisa..selama ni tgk dalam gambar je...bunganya mmg cantik. Saya pun tak tau buah yang terhasil nanti warna ungu atau kuning, kalau ada rezeki, kita tunggu je la hasilnya nanti. Semoga adik2 bunga sulung ni pun muncul ramai2 lepas ni... kalau rakan2 ada tips tentang markisa ni bolehlah kongsi dengan saya...

Isnin, 11 Jun 2012

Bunga Telang~Butterfly Pea

Kelopak seakan ros
 Bunga telang atau lebih dikenali sebagai bunga nasi kerabu adalah sangat popular di kalangan penduduk Melayu di pantai timur terutamanya Kelantan. Bunga ini dijadikan bahan pewarna utama nasi kerabu di sana.  Bila saya berpindah ke Perak Utara, saya agak hairan kerana bunga ini banyak terdapat di laman2 rumah kaum India.  Jiran setaman saya memaklumkan bunga ini dipercayai membawa tuah kepada tuan rumah...selain itu kegunaannya untuk mereka sembahyang.. Saya mendapat benih bunga telang berlapis ini daripada jiran setaman tersebut...murah hatinya...
 Daripada sumber wikipedia, pokok bunga telang ini boleh berfungsi untuk memperbaiki struktur tanah. Kacangnya pula boleh dimakan semasa masih muda dan lembut, tetapi saya sendiri pun tak pernah cuba. Rakan-rakan ada ke yang pernah cuba?
Warna biru terang dan menarik
 Bunga telang ni sangat senang nak jaga. Masa kritikalnya cuma sementara nak tunggu dia besar dan stabil saja. Bila pokok dah mula menjalar saya biarkan saja, harapkan hujan je siram, baja jauh sekali. Saya rasa kalau tanam bunga telang di trellis, mungkin cantik untuk hiasan taman.
Rimbun-dari satu pokok sahaja
Bunga telang ini saya tanam di pagar sekolah. Maklumla bila rumah dah takde ruang... asalnya saya tanam dalam pasu, bila dah besar saya alihkan pasu ke tepi pagar. Tgk la pasu kecik kat belakang tu, saya agak akarnya dah keluar ke tanah kot.

Sabtu, 9 Jun 2012

Mardi AgroPark Cameron Highland~Suatu Kemestian

Sekiranya berkunjung ke Cameron Highland, tidak sah kalau tidak ke Mardi. Saya petik kata2 ini di sebuah blog (maaf lupa namanya). Memang benar apa yang dikatakan penulis blog ini. 3 kunjungan saya ke CH sebelum ini saya tidak ke mardi..1.tak tahu, 2. tak sempat, 3. mardi tutup sementara... yang ke-4 ini, alhamdulillah, ada jodoh dengan mardi ni. Melangkah masuk ke mardi umpama membawa saya ke alam fantasi... mana tidaknya, bunga-bungaan di sini memang jarang dilihat di tanah rendah...landskapnya pula cantik.. selama ini saya cuma membayangkan diri duduk di english garden, tapi di sini, angan jadi kenyataan...
Indahnya pengalaman boleh menatap sendiri bungaan ros, foxgloves, geranium, gerbera, dll...
jade vein~unik

bunga apa ni? seakan daisy
pelargorium@geranium...mana satu?

daisy family jugak kot

foxgloves...cantik
ada peminat...
gerbera- subur sungguh, batangnya pun sebesar jari kita...


ada banyak jenis sebenarnya bunga di sini. tapi ini sahaja yang sempat dirakam... sebab si kecik tu berebutkan hp...dan dia yang menang...

4th Trip To Cameron

Cameron Highland adalah syurga bagi penggemar bunga-bungaan dan sayur-sayuran di Malaysia.. (siapa setuju angkat tangan)...Kunjungan kali ini adalah yang keempat bagi saya. Pun masih rasa tak puas... Sampai kat sana lebih kurang pukul 4 pm, terus check in kat hotel titwangsa.. (puas survey nak cari yg terbaik). first impression ok la, bersih, tapi sedihnya dua katil single tu dah goyang2... katil super king ok. bilik pun bersih dan ok je. masalahnya cuma satu, bilik yang kami dapat terletak di bawah tangga, (bayangkan stor bawah tangga)..kepala asik terhantuk je bila nak ke tepi tingkap. Lupa pulak saya ni ada blog, jadi tak ingat amik gambar bilik. Hotel sediakan breakfast dan steamboat dinner...
 Sarapan saya roti bakar dengan jem strawberi dan kaya buatan hotel sendiri...ada banyak pilihan sarapan seperti nasi lemak, mi, kuetiaw, bihun...tapi dah dtg cameron, makan la jem strawberi kan..
 ini pula buffet steamboat. buffet untuk sayur-sayuran sahaja.. yang lain2 tu hotel hidangkan. terus saya jadi ala2 kambing makan watercress. fisrt time cuba dan rasanya sangatlah sedap.
anak teman nak makan dgn chopstick jugakkk...

Seronok tengok tanaman di sini... sebelum balik sempatla beli sikit2 pokok bunga.. pasal cik abang sayang dah warning...tak muat keta nak balik...  

Kekwa kecik2 3 pasu rm10
 kuning
 ungu
 2 tone ungu
yang ini di cameron namanya pelargorium, tapi macam geranium... sama kot..cantik bunganya...

semalam mimpi masih di cameron, siap cakap dgn abang sayang, "bang, nanti sebelum balik kita gi mardi lagi sekali ya" ... bila jaga, dah atas katil kat rumah rupanya... tak puas... insyaallah kalau panjang umur, tahun depan kita pergi lagi...